MULIAKANLAH WANITA

Sempena Hari Wanita Sedunia 

Manusia memerlukan wanita. Tanpa wanita, bayi tidak akan dilahirkan, dan yang melahirkan tidak akan merasakan kasih sayang. Di usia muda, tanpa wanita, lelaki menjadi gersang. Di usia matangnya, tanpa wanita, lelaki menjadi hampa. Di usia tuanya pula, tanpa wanita, ia menjadi penyesalan.

Allah menciptakan wanita sebahagian dari lelaki dan sebahagian dari lelaki itu adalah wanita. Bila digabungkan keduanya maka sempurnalah kehidupan seorang manusia. Kerana atas alasan itu, wanita berhak dimuliakan, disanjungi dan dicintai.

Ini bersesuaian dengan Firman Allah dalam permulaan Surah an-Nisa’ (Surah yang membicarakan tentang wanita):

Hai sekalian manusiabertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satudan dari padanya Allah menciptakan isterinyadan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan lakilaki dan perempuan yang banyak(Surah an-Nisa ayat 1)

Didalamsatutafsiran, sesungguhnya:“Dirimanusiahakikatnya adalah satukemudian menjadi duasatu bahagian menjadi lelaki dan satu bahagian menjadi wanita.”

Demikiannya,dapatdiambilkesimpulanmeskipunwanita dan lelaki adalah dua jantinayangamat berbezatetapihakikatnya tetapsatu- yaitumanusia. Olehkeranaasalnyaadalahsatu, kemudiandibelahdua, terasalahbahawayangsatutetapmemerlukanyanglain. Hiduptidak akanlengkapjikakedua-keduanyabelumdisatukan. Denganpersatuan ini,hidupakanmembiakdansempurna.

IBU, IBU, IBU, AYAH

Sesetengah orang menyalah anggap bahawa Islam memandang rendah terhadap wanita dan berpihak kepada lelaki sehingga mengorbankan hak-hak wanita. Salah anggap sebegini bertentangan dengan apa yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w.

Al-Quran menggaris bawah pembicaraan antara lelaki dan wanita terutama di dalam konteks ‘ayah’ dan ‘ibu’. Si ‘ibu’ diberi hak tiga kali ganda dibandingkan kaum ‘ayah’ di dalam hadith sahih yang amat sering diceritakan. Bila seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. kepada siapa patut dia harus utamakan sekiranya dia ingin berbakti. Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, “Ibu mu, Ibu mu, Ibu mu.” Kemudian barulah disebutkan ‘ayah’mu. Ini adalah kerana peranan seorang ayah dalam melahirkan anak adalah sangat singkat. Sedangkan pengorbanan si ‘ibu’ berpanjangan – dimulai dengan saat mengidam, sarat mengandung, komplikasi sewaktu melahirkan dan cabaran mendidik anak-anak. Pengorbananyangpanjanginilahyangmembuatkanagama IslammemberikantigahakinipadaWanitadantidakpadalelaki.

WANITA DAN LELAKI SETARA

Walaubagaimanapun, agama Islamtidak pernah membezakan hak kemanusiaan antara lelaki dan wanita. Bahkan, Islam meletakkan lelaki dan wanita setaraf.

 Marikitarenungkanbersamadi dalamkonteks ke-Islaman.

  1. Lelakidituntutuntukbelajar, wanitajugadituntutuntukbelajar.
    SabdaRasulullahs.a.w: ‘Mencari ilmu itu adalah wajib bagi setiap lelaki mahupun wanita’. (HR. Ibnu Abdil Barr)
  2. Lelaki dibolehkan berniaga, wanita juga dibolehkan berniaga.
    Ambil sahaja contoh isteri Rasulullah s.a.w. yang tercinta, Siti Khadijah r.a. Beliau adalah seorang peniaga yang berjaya dan kaya sebelum dinikahi oleh Baginda.
  3. Lelaki dibolehkan bekerja, wanita juga dibolehkan bekerja.
    Buktinya adalah Saidatina Zainab bte Jahas. Sebelum bernikah dengan Rasulullah s.a.w., dia bekerja sebegai penyamak kulitnya kambing dan domba.
  4. Lelaki mewarisi harta, wanita juga boleh mewarisi harta.
  5. Lelaki boleh menjadi pemimpin, wanita juga boleh menjadi pemimpin. Contohnya isteri Nabi s.a.w, Siti Aisyah binte Abu Bakar r.a., pernah memimpin peperangan.

Lihat sahaja kenyataannya pada hari ini. Presiden Singapura kita, Puan Halimah Yacob, adalah seorang wanita.

Ada sepotong ayat al-Quran yang sering disalah fahami tafsirannya. Firman Allah swt mengatakan, “Lelaki adalah pemimpin untuk kaum wanita.” (Surah an-Nisa, ayat 34) Sebahagian orang berpendapat bahawa ayat itu memberitahu bahawa wantia tidak boleh menjadi pemimpin. Itu sebenarnya tidak benar kerana ‘lelaki’ yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah ‘suami’ sebagai kepala rumahtangga dan bukanlah pemimpin secara am. Oleh kerana itu, Allah menjelaskan dalam ayat berikutnya, “kerana Allah memberikan lelaki dan wanita keistimewaan yang khusus, dan lelaki yang menafkahkan hartanya untuk menjada rumahtangga.”

RASULULLAH S.A.W CONTOH TERBAIK

Rasulullah s.a.w. adalah contoh tauladan yang terbaik. Beliau amat memuliakan wanita dan orang yang paling penyayang terutama terhadap isterinya. Pernah satu ketika, Rasulullah s.a.w melihat isterinya menghadapi kesulitan menaiki untanya kerana pundak unta yang agak tinggi. Melihat perkara itu, Baginda menundukkan badanya ke tanah lalu menyuruh isterinya memijak punggungnya untuk memudahkan isteriya. Di satu situasi yang lain, Siti Aisyah Ra, berkata: “Aku biasa minum dari gelas yang sama, lalu Nabi s.a.w mengambil gelas tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu beliau minum.” (HR Abdurrozaq dan Said bin Manshur, dan riwayat lain yang senada dari Muslim.)

Kelakuan romantis Baginda terhadap isterinya tidak pernah merendahkan darjatnya. Bahkan di medan perang beliau adalah seorang pahlawan yang gagah menguasai taktik dan strategi bertempur. Di tengah masyarakat, beliau adalah teman, sahabat, guru, dan pemimpin yang menyenangkan. Di rumah, beliau adalah seorang kepala rumah tangga yang mendatangkan rasa aman, kasih sayang, sekaligus kebahagiaan.

KEKERASAN TERHADAP WANITA

Rasulullahs.a.w amatmembencilelakiyangmenggunakankekerasanterhadapwanita. SehinggakanRasulullah pernahbersabda, “Tidakadalelakiyangmenghinawanitamelainkanorangyanghinadantidakadaorangyangmemuliakanwanitamelainkanorangyangmulia.”

Kesimpulan

Semualelakipastitertarikkepadawanita. Lelakimembutuhkanwanitadalamhidup mereka, sepertimanawanitamemerlukanlelakidalamhidupmereka. Kitaharusmemuliakankaumwanitadanmenghormatinyabukanhanyasebabkitamemerlukanwanita. Akan tetapikeranaIbu kitaadalahseorangwanita. Generasitidakakanberlanjuttanpawanita.

Yang jelas, tanpa wanitatidakakanterbangunnyaperadabanmanusia. Tanpawanitalelakitidakakanterdoronguntukmelakukanyangterbaik. Tanpawanitahiduphilangghairahnya.

Tanpawanitahidupinibagaikanbiduktanpasungai, bagaikanmalamtanpabulan, bagaikankopitanpagula.

Olehkeranaitu,muliakanwanita, hormatiperasaandanhak-hak mereka sebagaimanaRasulullahs.a.w berpesan,“Merekaadalahpakaianbagimusepertimana mereka kaum wanita adalah pakaian untukmu.”

Ditulis oleh Ustaz Jalaluddin Hassan

Pengarah Syarikat Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd

Pensyarah bebas

B.A. Al Azhar

Masters Universiti Islam Antarabangsa (Penghususan Ilmu Tafsir)

Leave a Reply

Contact us at info@jalaluddintravel.com
Call us at 6344 3669