TIPS MEMILIH PAKEJ HAJI YANG SESUAI

Perlaksanaan Ibadah Haji adalah impian setiap orang yang beragama Islam dalam menyempurnakan rukun Islam yang ke-lima. Perjalanan Haji yang dilaksanakan seumur hidup sekali ini adalah satu perjalanan yang berat – dari segi fizikal, mental dan kerohanian. Demi memastikan agar Ibadah Haji anda berjalan dengan lancar dan sempurna, ingin sekali saya berkongsi beberapa tips dengan pembaca dalam pemilihan pakej Haji yang sesuai.
1.     Pengalaman dalam Urusan Haji

Pastikan syarikat Haji yang dipilih adalah anda adalah syarikat yang berpengalaman dan diiktiraf oleh MUIS dan AMTAS (Association Muslim Travel Agent Singapore) dalam menguruskan operasi Ibadah Haji. Pengurusan Ibadah Haji lebih rumit dari pengurusan Umrah. Kesempurnaan Ibadah Haji anda banyak tergantung kepada pengurusan yang baik dan terbukti. Ini adalah untuk mengelakkan masalah-masalah sewaktu jemaah menjalani Ibadah Haji nanti.

2.     Pembimbing dan Mutawwif

Ustaz Jalaluddin membimbing solat selepas melontar Jamrah

Salah satu tips yang paling utama adalah soal bimbingan. Pastikan pembimbing anda adalah seseorang yang berpengalaman dan mempunyai ilmu Haji yang mendalam. Beliau diperlukan untuk membimbing anda sewaktu di Baitullah. Ia juga penting untuk pembimbing tersebut berada bersama anda sepanjang perjalanan Haji anda. Jemaah tentu sekali menginginkan hari-hari mereka diisi dengan aktiviti kerohanian yang baik – ini adalah untuk memastikan bahawa jemaah dipersiapkan dan dilengkapi dengan pelbagai aturcara sebelum dan selepas Ibadah Haji. Apa gunanya duduk di bangunan mewah tetapi kosong dari segi pengisian kerohaniannya? Pastikan juga Mutawwif adalah bermazhabkan fahaman yang sama. Ini kerana, jika berbeza ditakuti ada yang anda pelajari di Kuliah di Singapura akan berbeza perlaksanaannya sewaktu di sana. Ini akan membuatkan Jemaah menjadi bingung dan tidak selesa.

3.     Pembimbing Muslimah
Jemaah wanita akan lebih selesa menanyakan soal isu kewanitaan bersama pegawai wanita

Pembimbing/ Penasihat muslimah juga amat penting dalam menjalani Ibadah Haji ini dengan sempurna. Terutama sekali hal ehwal yang melibatkan masalah wanita. Ziarah ke Taman Raudhah di Kota Suci Madinah al Munawwara adalah satu ziarah yang mencabar bagi kaum Muslimah. Kehadiran seseorang pembimbing yang berpengalaman untuk memastikan Ibadah jemaah Muslimah di dalam Taman Raudhah dapat melengkapi pengalaman jemaah di sana.

4.     Penginapan
Untuk Pakej yang kebiasaan terdapat tiga penginapan yang berlainan – Shisha, Makkah dan Madinah.
Shisha – Keistimewaan penginapan Shisha ini hanya akan dirasakan oleh jemaah Haji. Pemiihan pakej yang menggunakan bangunan Shisha yang selesa adalah penting. Pastikan bangunan tersebut bersih, dilengkapi dengan hawa dingin kerana cuaca teramat panas dan tidak terlalu usang. Untuk mereka yang berkerusi roda atau mengalami sakit kaki, pastikan lif disediakan dalam bangunan tersebut.
Makkah & Madinah – Dalam keadaan sesak berserta cuaca yang mencabar, penginapan hotel di Makkah dan Madinah adalah penting. Lokasi yang dekat dengan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi dapat memudahkan jemaah ulang alik dengan mudah, dan menambahkan amal ibadah tanpa mengeluh.
Pastikan jemaah bertanyakan jarak sebenar penginapan hotel anda ke Masjidil Haram dan Nabawi. Tanya juga kepada rakan-rakan atau keluarga yang pernah menggunakan penginapan yang dijanjikan.
5.     Pegawai yang mencukupi

Cukupnya pegawai dari Singapura serta kakitangan di Makkah dan Madinah adalah salah satu faktor yang penting untuk kesempurnaan Ibadah Haji anda. Pegawai yang ramah dan sedia membantu tidak kira masa diperlukan untuk keselesaan jemaah. Mudah untuk menanyakan kemusykilan dan meminta bantuan di waktu genting. Contohnya, sekiranya jemaah jatuh sakit, ada pegawai yang menemani ke klinik atau hospital pada bila-bila masa sahaja.

6.     Perkhidmatan
Harga Pakej Haji banyak tergantung kepada faktor perkhidmatan yang sempurna dan tip-top. Jemaah akan menghargai pegawai dan mutawwif yang senantiasa berada bersama-sama jemaah sepanjang perjalanan Ibadah Haji mereka. Periksa dengan teliti khidmat tambahan yang diberikan dan dijanjikan. Bolehkah pegawai temani setiap perjalanan? Kecekapan pegawai mengatasi masalah? Adakah pegawai memperolehi kebolehan untuk membantu jemaah dalam kecemasan?
Tentu sekali banyak faktor dan elemen yang perlu diambil kira dalam pemilihan pakej Haji anda. Apanya tidak? Sekali seumur hidup, haruslah sempurna.
Kami di Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd komited memberikan Pengalaman, Pembimbingan, Penginapan, Pegawai dan Perkhidmatan yang terbaik buat Jemaah Haji yang memilih pakej-pakej kami. Kami yakin dengan rekod cemerlang kami dalam membimbing Jemaah Haji selama berbelas tahun akan dapat membantu ibadah seumur hidup sekali’ ini berjalan dengan lebih tenang dan sempurna.

 

Ditulis oleh Ustaz Jalaluddin Hassan
Pengarah Syarikat Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd
Pensyarah bebas
B.A. Al Azhar
Masters Universiti Islam Antarabangsa (Penghususan Ilmu Tafsir)

Leave a Reply

Contact us at info@jalaluddintravel.com
Call us at 6344 3669